Thursday 19 April 2012

Ulang tahun



Sekadar memperingati dan tanda syukur.

Kelmarin, saya meraikan ulang tahun kelahiran suami bersama keluarga, secara bersederhana namun cukup bermakna.

Suamiku,

Terima kasih kerana memilih aku antara beribu, meski diri ini bukanlah insan yang sempurna lantaran banyak sekali kekurangan dan kekhilafan yang kadangkala bisa menjadi tuba dalam perhubungan kita. Terima kasih kerana masih menerima diri ini meski isterimu ini sering saja menambah luka di dada. Malah kerana kekurangan diri ini juga, tidak bisa aku menjadi suri terbaik mengikut landas Deen yang suci.

Alhamdullah ya Allah, segala kesyukuran dirafa’kan kepada-Mu jua kerana memelihara ikatan suci kami serta menebarkan benih-benih bahagia ..

Abang, insyaAllah akan kuhadiahkan sebuah kejayaan kelak .. sebagai hadiah terindah di atas segala pengorbanan sucimu. Amin …  

3 comments:

  1. sahabat
    moga kau bahagia sekeluarga melayari kehidupan yang sarat ujian ini; semalam aku menonton cerekarama TV3 "superwoman", tentang 3 sahabat yang gigih dan tekal melunasi perjuangan hidup terus meningingatkan tentang persahabatan kita, oh, tanpa sedar air mataku merembes laju, oh, betapa indahnya kenangan persahabatan kita termasuklah sahabat kita yang jauh di mata tu...moga ada pertemuan kita suatu masa!

    ReplyDelete
  2. So so so sweet! Semoga perjalanan usianya sentiasa dalam hidayahNya.

    Salam rindu Datin,

    Sesungguhnya manusia tidak sempurna keadaannya namun kesempurnaan itu dapat dicapai melalui amal ibadah dan amal kebajikan di sepanjang kehidupannya. InsyaAllah apabila amalan amalan itu disempurnakan maka sempurnalah seorang manusia itu di mata Allah SWT. Wallahu'alam.

    Jom Datin semarakkan kembali masa lalu kita... nah, milo panas dan kek buah... :)

    ReplyDelete
  3. Kamariah: sahabat akrab,
    Alhamdulillah .. syukur kepada-Nya jua di atas rahmat dan rahim-Nya! Semoga kau dan keluarga jua mengecap kebahaagiaan dan mawaddah sepanjang masa .. tambahan pula yang 'ketiga' bakal menyusul :)

    Oh ye ke? bagaimana aku boleh terlepas pandang cerekarama tu? Oh oh .. tentu saja nilai sentimental dalam persahabatan kita tiada kan dapat diukur dibeli. InsyaAllah .. jika Dia mengizinkan, tiba saatnya kita bertiga akan bersatu semula .. jadi Senior BlackCat hehehe .. (oh indahnya zaman kanak-kanak!)



    Datuk Seri Rampai,
    Terima kasih atas kunjungan ke teratak hamba - sahabat lama di alam maya :)

    Beginilah perteduhan saya kini, penuh kesederhanaan dan serba kekurangan .. perabotnya masih sedikit, aksesori pun yang sedang-sedang aje .. tapi rasanya seronok menghirup udara di tapak baru ini hehehe ..

    Oh, kata-katamu itu sungguh indah, penuh makna. Terima kasih atas peringatan dan perkongsian itu. Nilo panas dan kek buah? Hmm .. hamba pun belum bersarapan, jomlah! ;D

    ReplyDelete