Wednesday 4 April 2012

Nottingham City in memory ..



Seketika menjengah tanah ratu, beberapa purnama menghuni daerah Nottingham, justeru kerana tuntutan ilmu. Meski tidak lama di sini, suasana yang tidak pernah dilalui mengajar saya erti kehidupan dan juga kebesaran-Nya. Maha Suci Allah dan Maha Bijaksana .. sehingga terciptanya hamba-hamba yang pelbagai bangsa, bahasa dan budaya.

Suara latar di belakang itu sebenarnya suara emas sahabat akrab saya - Sally yang turut sama-sama menjadi tamu Nottingham untuk tempoh beberapa purnama itu. Hahaha .. tentu saja kita bisa menebak bila rakaman ini dijalankan .. kerana ada 'hint' di situ.

Benar. Kala itu Ramadhan sudah mula berengsot pergi, menggamit kedatangan Syawal. Lalu Sally memperkatakan tentang zakat fitrah. Syukur, kami punya suami budiman lagi penyayang .. meski jauh di perantauan, zakat fitrah kami tetap juga dilangsai .. terima kasih darling :)

Tahun itu, saya dan Sally beraya di Paris. Destinati pertama yang kami tuju ada Mosque de Paris. Nantikan episod seterusnya tentang raya di sana, insyaAllah... 

3 comments:

  1. Hehehee...bukti yg kita di city masa tu, ni mesti masa kita pakai baju kurung naik bas tu mate...buat rakaman utk raya kan hehee...berapa kali sesi rakaman dkt dataran apa tu mate? Masa ni dah tinggal separuh je hati dkt Nott rasanya, separuh lagi dah nak balik Msia, kira tinggal nak ke Paris je lagi, barang2 dah siap shipping dak? heheee....

    ReplyDelete
  2. Haaa..tu la mate..tgh ngantuk bukak la balik file gmbr tup-tupterjumpa video ni. Tergelak sorang aku mate hehehe...betul tu..ni dr folder yg kita buat rakaman tu. Aku pilih yg ni sbb ada suara mu!;-)
    Nanti aku post pasal paris ok...

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete