Monday 26 March 2012

Persinggahan

Oktober nan lalu.
Kala singgah seketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Schipol di Amsterdam.



Syiling penuh saku ...
Antara benih tulip yang dijual di lapangan terbang Schipol
Lagi benih bunga-bungaan

Terompah anyone?

Tulip segar

Menyesal tak beli ni

Haha .. here comes the giant one!

Sunday 25 March 2012

Why should you stop anyway...?



Salam,

Rakan-rakan saya tidak putus bertanya. "Kenapa"?
Bekas pelajar saya juga ada yang menghubungi melalui talian sms serta email bertanyakan perkara yang sama.

Duh. Keputusan saya berhenti dari era penulisan di blog rupanya menjadi persoalan. Bukan. Bukan kerana saya sudah bosan. Bukan kerana benci. Saya punya ramai rakan maya yang baik budi pekerti malah, banyak mendokong aktiviti penulisan saya selama ini. Merekalah yang banyak memberi maklum balas dan sesungguhnya ukhuwwah yang saya bina bersama rakan-rakan yang tidak pernah saya ketemu merupakan satu pengalaman manis bersari dalam hidup saya! Bukan juga kerana saya sudah tidak mampu menukilkan idea dan perasaan. Saya hanya berehat. Not for good. Saya perlukan 'cuti yang panjang' kerana hal-hal yang melingkari kehidupan saya kini banyak membataskan minda saya dari terus menulis di alam maya.

Saya punya tuntutan yang maha tinggi untuk menlunasi penulisan tesis saya. Itu sebenarnya. Lalu seolah sebuah bateri, otak saya terus sahaja memadamkan suis dari menulis di alam maya. Apa khabar barangkali sahabat-sahabat saya itu? Mudah2an hidup mereka kekal dalam maghfirah dan rahmah Ilahi.

Empat tahun bukan jangka masa yang pendek. Malah empat tahun juga bukanlah terlalu panjang. Dalam mengejar itu-ini yang berkaitan dunia pembelajaran, hal-hal kekeluargaan turut menjadi sari dalam detik perjalanan. Semuanya mematangkan. Semuanya menjadi pengajaran.

Bukankah hidup ini memungkinkan segalanya? Itu kata keramat yang mengingatkan saya kepada sahabat paling akrab semenjak di bangku sekolah rendah. Sesungguhnya, tiada yang mustahil dalam hidup ini jika ada kemahuan dan usaha.

Hari ini saya menulis lagi. Cuba. Mencari ruang untuk diri sendiri mengupas dan mengekspresi. Janggal. Sungguh. Itu karena saya sudah bertahun tidak menjenguk blog lama. Biarkanlah. Saya cipta ruang yang baru. Cara baru namun masih saya yang lama....