Monday 16 April 2012

QRAM dan aktiviti

Pagi tadi saya menerima satu pelawaan daripada Dr. Anisah Baharom - sekretariat QRAM (Qualitative Research Association Malaysia) untuk menghadiri seminar dan bengkel Kajian Tindakan du kampus Lembah Pantai. Maklumat lanjut seminar/bengkel tersebut boleh dicapai di sini.

QRAM sendiri sebenarnya merupakan satu kesatuan yang menghimpunkan para sarjana yang terlibat secara langsung atau tidak dengan pengendalian penyelidikan secara kualitatif. Saya secara peribadi mula menjadi ahli QRAM semenjak tahun 2007, bermula sebagai student-member. Akhirnya saya mendaftar sebagai ahli seumur hidup kerana saya percaya dengan penglibatan dalam program-program anjuran QRAM banyak memberi manfaat kepada saya selaku insan yang masih bertatih dalam dunia penyelidikan kualitatif. Penghujung Mac yang lalu, saya juga menghadiri seminar anjuran QRAM yang dilangsungkan di Ambang Asuhan Jepun, UM. Rata-rata yang hadir merupakan pelajar ijazah kedoktoran yang sedang bergelut dengan penyelidikan secara kualitatif. Namun, ada juga misalnya, dua orang peserta yang merupakan pelajar PhD dari Indonesia yang masih membuat pertimbangan sama ada hendak mengendalikan kajian kualitatif atau kuantitatif. Katanya, dia sedang 'window shopping'. Apapun istilahnya, saya kira tujuan peserta ke seminar ini tidak lain tidak bukan ialah untuk nenimba ilmu serta mendengar perkongsian pengalaman daripada mereka yang lebih lama menggeluti dunia kualitatif ini.

Kata Dr. Sharan Bong dari Monash University selalu pengucaputama seminar itu, tanpa pengalaman mengendalikan kajian kualitatif, tidak mungkin seseorang itu akan dapat menceritakan secara 'vivid'  keindahan rekabentuk kajian ini. Istilah 2M agak mencuit hati. Kualitatif seringkali dikaitkan dengan 2M - 'Messy' dan 'Massive'. Oh oh saya setuju seratus peratus! Pengalaman saya senditi bergelumang dengan proses transkripsi yang memakan masa lebih empat bulan serta proses 'coding' menggunakan Nvivo serta penghasilan matrix yang tidak berkesudahan cukup membuat jiwa tertekan. Belum lagi menyentuh soal bagaimana membangunkan 'conceptual findings' untuk dipersembahkan dalam bab analisis. Kadangkala saya berasakan yang saya seperti 'lemas' berenang di lautan data yang tidak bertepian. Bayang-bayang wajah penyelia saya - Gordon dan Linda hanya muncul di penghujung daratan sana, begitu jauh dari jangkauan. Namun kerana bayang-bayang itu masih ada di situlah, makan perjuangan ini saya teruskan. Meski kapasiti diri tercabar bukan kepalang. Itulah pengalaman. Pedih namun indah.










Beberapa orang rakan saya berminat untuk menjadi ahli seumur hidup QRAM ini. Saya mengalu-alukan pertambahan ahli baru malah berasa teruja melihat gerombolan rakan-rakan sekapal bersama-sama memacu tenaga ke arah peningkatan ilmu. Jom!! :)

2 comments:

  1. Maju jaya mu, mmg dah bersesuaian sangat utk terlibat aktif dlm QRAM, terlihat & terasa keindahan kajian yg dijalankan, insya Allah soon aku menyusul jejak langkah mu menjadi ahli QRAM...aminnnn

    ReplyDelete
  2. Jom mate, seronok sebenernya bila sama-sama berada dalam lingkungan mereka yang bergelumang dengan kuali belanga ni hehehe .. so that we don't feel that we are alone .. we have colleagues and support team!

    Mate, jiwa lara .. otak bersepah aku rasa ... meeting for the seocnd time with Linda .. leaves me with mixed feelings .. How I wish I could just do it!!!!!!

    ReplyDelete