Wednesday 23 May 2012

Mencari ruang senggang


Sekadar mencari sedikit ruang senggang .. 
sambil mengasah otak yang kian tumpul dan idea yang makin hilang ... 

Seorang sahabat menghubungi saya bertanyakan khabar. 
Saya katakan ini waktu kronik. 
Bukan waktu berlenggang atau berdondang sayang. 
Saya perlukan ruang senggang. 
Untuk diri sendiri dan pencapaian peribadi. 
Bukan mementingkan diri namun itu tugas hakiki. Dan itu juga janji. 

Oh oh .. saya tertarik sekali dengan hidangan drama Korea di malam hari yang menjadi tatapan sekeluarga kini. 
Miss Ahjumma. 
Lihat - seorang wanita yag mengorbankan segalanya demi suami dan anak tercinta namun akhirnya tewas di tangan wanita lain gara-gara penampilannya yang tiada lagi indah di mata suami. Duh. Saya tidak mahu itu terjadi. Kerana itu juga, ruang senggang perlu dicari ;) 


Sumber: 

p/s: sabar menanti penampilan baru dan segar si Geum Hwa - isteri teraniaya itu :)

4 comments:

  1. Puan,
    amboi, ada sesi transformasi pula.
    boleh saya bayangkan selepas waktu senggang puan tampil dengan imej lebih menawan. hehe
    waktu senggang saya lebih suka diam bersama isteri. maklumlah, masih belum ada rezeki main dengan anak-anak.
    oh ya, nanti june mahu ke sabah pula. 3 hari berlibur dengan isteri sempena ulang tahun perkahwinan ke-3

    ReplyDelete
  2. Wira,
    hahaha .. ala2 cerita Betty zaman dulukala gitu.
    oh saya biasa-biasa aje, tidak pandai bergaya.

    InsyaAllah, akan ada rezeki untuk menimang cahaya mata sedikit masa lagi, sebelum tu bolehlah honey moon puas-puas. Enjoy Sabah!

    ReplyDelete
  3. Wanita adalah bunga bunga di persada dunia, maka itulah mereka sentiasa mempertahankan kecantikan dan keharumannya... namun biarlah kecantikan dan keharuman itu dipertahankan atas nama Dia dan dijadikan hadiah bila pulang bertemuNya nanti.

    Salam Datin,
    Wah, ada fav drama Korea rupanya! Saya tak tengok drama tu tapi tahun lepas saya ikut drama Secret Garden... tertengok sebenarnya drama ni lepas tu terlekat pula :D... sebab ceritanya menarik.

    Dah ketemu ruang senggang atau sedang berada di dalamnya? Atau menunggu hujung minggu?

    Teh mawar? Kalau Datin yang bancuh.. ok saja buat saya :) Thanks!

    ReplyDelete
  4. Salam cik Bunga Rampai nan harum,
    Benarlah seperti katamu tentang nilai kecantikan itu kerana akhirnya keindahan dalaman jua menjadi bahan untuk 'tender' ke syurga kelak. Tapi itulah perempuan kan .. pantang nampak tudung cantik, handbag lawa .. kasut menarik .. haiisshh.. ada pula yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk facial semata-mata .. :)

    ye ye .. seronok juga mengulit drama Korea sesekali .. dulukala, zaman remaja begitu gilakan drama Hong Kong.. aduhh .. sehinggakan ma saya gelarkan saya 'hantu' Cina ;P

    hmmm .. ruang senggang yang saya inginkan itu sebenarnya merujuk kepada ruang untuk bersendiri, tanpa perlu memikirkan urusan kerja, kerana saya perlu memberi tumpuan kepada satu tugas tesis yang masih belum berkesudahan ini :(

    tapi eh, jomlah teh mawar masih panas dalam teko ni hehe

    ReplyDelete