Friday 25 May 2012

London

Sahabat saya, Sally begitu teruja apabila memperkatakan tentang kemenangan kelab Chelsea dalam kejuaraan UEFA tempohari. Saya tahu benar, bahawa suaminya merupakan peminat tegar kelab tersebut dan saya kira beliau turut jatuh hati dengan kehebatan pemain-pemain Chelsea yang saya sendiri tidak mampu untuk mengingati nama-nama mereka.


Gara-gara minat Sally (pengaruh daripada sang suami, rasa saya) yang mendalam terhadap pasukan ini akhirnya membawa kami ke Stadium Chelsea di Stamford Bridge - sesuatu yang tidak pernah saya bayangkan kerana saya bukanlah 'kaki bola'. Satu-satunya perlawanan bolasepak yang saya suka adalah kejuaraan Piala Dunia yang hanya dapat dinikmati selang empat tahun sekali itu. Sempat juga singgah di kedai cenderamata Chelsea. 



Sekadar menjamu mata 


Tiada yang menarik hati saya yang bukan penggemar bola ini 



Hakikatnya, kecenderungan saya lebih kepada terapi minda di tempat membeli belah. Meski tidak banyak yang mampu dibeli namun dengan window shopping sahajapun sudah OK ;) dan Harrods cukup indah. Banyak department sehingga boleh pening dibuatnya. Uniknya di sana kerana setiap bahagian dihias mengikut tema. Gara-gara begitu teruja melihat barangan dagangan, saya terlupa memegang lensa kamera .. hanya beberapa keping sahaja yang dirakam. Dan oh, kotak-kotak teh yang pelbagai sungguh mengujakan! 



Harrods di Knightsbridge 


Susun atur di Harrods 




Demi janji buat suami tercinta, saya dan Sally sanggup pula menapak ke Hard Rock Cafe yang sebenarnya tidaklah terlalu jauh dari Harrods. Sekadar mencari sehelai dua t-shirt. Menariknya di HRC London kerana hiasan kepala gitar yang memenuhi dinding di belakang cashier. Deretan beberapa buah gitar ekslusif turut menjadi hiasan dalaman. 







Tidak lengkap perjalanan ke London tanpa menjenguk Big Ben. Meski ini bukan kali pertama menjenguk Big Ben dan Westminster, namun saya tetap saja teruja. Indah sekali rekabentuk senibina di sekeliling, termasuklah House of Parliment dan Eyes of London dan oh, jalan-jalan di sana sentiasa sibuk dengan kenderaan yang bertali arus. 





Hebat. Bagaimana saya dan Sally mampu menapak sejauh itu, fikir saya semula. Selain berulang alik naik turun di stesen undeground, selebihnya kami memang menggunakan kudrat kaki untuk ke satu-satu tempat. Meski langit agak mendung dan renyai halus, Tower Bridge tetap menggamit. Sempat pula melihat bagaimana jambatan diangkat untuk laluan si kapal tetapi tinggi itu. 




Trafalgar Square yang tidak lagi semeriah dulu. Entah. saya merasakan sesuatu yang hilang bila kelibat kawanan merpati kian hilang kerana larangan memberi makan kepada unggas-unggas kecil itu. Namun sisa-sisa kawanan itu masih ada, cuma sesekali terbang rendah dan hinggap di birai benteng. 

merpati London.. 


sunyi.. 


MARA house di Paddington menjadi tempat penginapan kami. Hajat untuk bermalam di Bayswater (Malaysian Hall) terhalang kerana hostel terpaksa di'block' untuk acara lain. Walau bagaimanapun, bilik di MARA House tidaklah seselesa mana, namun cukuplah untuk pengembara seperti kami. (Sal, masih ingatkah bagaimana kita cuba menggodam password untuk wifi di sana keh3). 


Oh, Sabtu yang indah sekali. Meski jutaan belia dikatakan datang ke sini (Putrajaya), saya tiada niat ke sana. Lebih bermakna untuk diam di rumah bersama keluarga. 
Selamat berhujung minggu. 

5 comments:

  1. sahabatku, wowwww, kenangan di Tanah Inggeris, begitu mengujakan; teringat pula hajat suamiku yang tidak berkesampatan untuk ke Manchester kerana terlalu "gilakan" kelab MU, hahaha, kasihan suamiku hajat tak sampai lantaran sudah tidak ada kudrat hendak mengussung puteri2 kami setelah 2 hari berkitar di kota London, oh, kenangan mana mungkin berulang semula, bukan?

    #bila mahu ke Eropah lagi? hehehe

    ReplyDelete
  2. Sahabatku Kay,

    sekadar mengenang selembar kenangan.. tambahan pula si Sal asyik dengan Chelseanya tu hehe ..
    Oh kesian suami mu tak sempat ke sana ye .. tapi memanglah renyah bila membondong kedua-dua si kecil itu naik turun tren segala. InsyaAllah, kelak bila mereka sudah semakin membesar, pasti akan ada peluang lagi untukmu sekeluarga ke sana. Aku pun teringin nak ke sana lagi tapi entahkan bila :)

    ReplyDelete
  3. Mate,

    TQVM utk entry ni esp gambar stadium Chelsea tu, aku save ye utk kenang2an, aku ada gambar stadium dgn muka aku sekali hehee...betul penangan Chelsea mmg ler hebat, sampai aku kenal dgn Peter Chec yg sekarang ni dlm Euro 2012 bersama team Czech Republic...

    Yg bestnya bila mu sebut Harrod le mate, aku ni bab2 tu tak reti sangat, tapi bila dah sampai aku terpengaruh sekali. Boss hubby aku seronok sangat dpt teh harrods sebab dia pernah study kat England, kampung dia katanya hehee..

    Melihat Tower Bridge terangkat dek laluan kapal cenonet tu mmg sst yg istimewa sangat2, aku rasa tak semua org berkesempatan melihat saat2 mcm tu, w/pun sekejap Allah izinkan kita melihat. Mu ingat tak aku suruh mu nyanyi London Bridge hehee...kena nyanyi juga sebab kita dah sampai kat sana hehee...

    HRC London, hubby & adik aku lah yg bergaya sakan, esp topi HRC yg tertulis London, sst yg istimewa utk hubby kita yg bny berkorbankan mate....mu pun ada sehelai tshirt HRC London kan, hehee...

    Rindu ke Kota London makin menggapai.....

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Mate,

    saje .. lepas baca pasal kemenangan Chelsea kat blog mu tu teringat pulak yang kita pernah berkelana sampai ke Fulham Broadway station semata-mata nak ke stadium tu! Nasib tak minat MU sekali, kalau tak rasanya dah lama kita pergi Manchester kan mate .. bukannya jauh sgt pun dr Notts hehe

    .. tak pernah dengarpun .. siap hangkut handbag merah lagi tu! ;P .. kat HRC Londonpun aku tak beli apa2 utk diri sendiri, t-shirt tu aku beli kat HRC Paris la mate.

    ye ye .. siap dengan ucapan lagi tu .. and we did the same when we were at Effiel Tower kan? tapi waktu tu sejuk ... beku jari-jemari..

    Moh pi conference kat sana ;)

    ReplyDelete