Tuesday 8 May 2012

Harga sebatang gigi



Asal lepas makan aje mengantuk! Asal mengantuk aje lepas makan!

Itulah. Kebelakangan ini saya diserang sindrom itu. Tidur itu memang satu nikmat. Namun jika di'layan' pada waktu yang bukan sepatutnya mampu mengubah pola produktiviti seharian.

Asal mengunyah aje gigi sakit! Asal gigi sakit aje mengunyah!
(Abaikan ayat kedua itu - bohong belaka haha)

Semenjak seminggu nan lalu, geraham saya tidak dapat berfungsi dengan baik. Selera makan tentunya terencat apabila sensasi kesakitan yang dirasai melebihi keenakan hidangan yang disuap. Hmm .. baru beberapa bulan nan lalu gigi geraham itu diberi tampalan. Bukan tampalan koyok atau salon pas. Tapi tampalan oleh doktor gigi yang bertauliah.

Tiada pilihan; pagi tadi, saya singgah di sebuah klinik gigi lain di Bangi (maklumat daripada forum di atas talian, ramai juga yang mengesyorkan klinik ini kerana prestasi dan perkhidmatan yang memuaskan, kata mereka). Tampalan asal terpaksa ditanggalkan. Mujur 'akar' gigi masih OK, kata doktor perempuan yang baik hati dan bersuara lembut itu. Cuma lubang  pada gigi tersebut tidak dirapikan tampalannya ketika prosedur nan lepas, terangnya lagi. Setengah jam berlalu tanpa saya sedari. Cuma setelah selesai prosedur, dan ketika bersalam-terima-kasih dengan doktor itu barulah lidah saya terasa kaku sehingga bicara tiada mahu selancar biasa. Kesan bius itu hanya hilang sekitar dua jam dan seratus lapan puluh riyal melayang. Begitulah. Harga sebatang gigi dan nilainya dalam kelangsungan hidup.


Oh oh .. seluruh ahli fakulti akan bersidang lagi di bilik mesyuarat petang ini! Saya sudah mengasingkan lima tugasan pelajar untuk saya tekuni kalau-kalau keadaan dalam bilik mesyuarat itu tiba-tiba membosankan :P








11 comments:

  1. sahabat
    musabab itu aku setia dengan Dr Hamedah di klinik Azizah, Serdang disebabkan "tak percaya" dengan perkhidmatan klinik yang tidak biasa berurusan hehe. moga gigi kau kian berfungsi, penting gigi untuk melancarkan aktiviti seharian haha. oh, selamat bersidang, jika bosan menyerang, itu perkara biasa, catatlah apa yang perlu dan jangan lupa lakarkan ia dalam buku kita nanti, moga yang baik-baik sahaja untukmu!

    ReplyDelete
  2. Oh, masalah sakit gigi..tell me about that,
    saya pernah tengah malam menangis ketuk bilik fellow di kolej pertama minta ubat tahan sakit sebab tak boleh tidur..kebetulan fellow memang pensyarah fakulti pergigian..
    bijaknya fellow itu pergi cerita di pejabat kolej esoknya..malunya kena usik dengan makcik dewan makan dan staff kolej sampai hujung semester..heh, kenangan sakit gigi

    ReplyDelete
  3. Kay,

    oh.. aku masih ingat rasanya kau pernah catatkan dalam blog terdahulu tentang kunjunganmu ke sana kan? Rasanya selepas ini aku akan terus ke klinik yang sama bila ada masalah di masa akan datang. Aku tengok cara dia bekerja memang teliti dan bersungguh-sungguh .. lain sikit cerita dengan doktor di klinik sebelumnya .. huhu bergossip pulak kat sini :P

    nampaknya memang aku dah diserang kebosanan ni .. sambil orang pot-pet2 tentang hal yang tak berapa relevan aku sibuk pulak membelek telefon ni sambil mencatat balas ni blog hahaha

    ReplyDelete
  4. Wira,
    bertuah kamu ada fellow dari fakulti pendidikan. Tentu saja sakitnya tidak tertanggung sehingga luruh juga airmatamu kan.

    Makcik dewan makan? hahaha ... teringat pula kat kartun Ninja Boys bila makcik kantin akan menjerit "Habiskan makanannnnn!!!" :D

    ReplyDelete
  5. Alamak.. Saya dah taip pendidikan ke haha..maksud saya pergigian..mohon maaf atas ralat itu ye.

    ReplyDelete
  6. Sakit GG ke mate, aku pun pernah tertinggal gigi kat dlm gusi, sakit sangatq2. Lepas tu jumpa Dr, GG lain yg cute mute, oklah dia melayan. Itulah Dr. GG ni kena ada passionate & ciri2 artistik supaya kreatif dlm menjalankan proses mengatur GG2 kliennya....Aku baru tampal GG juga dua minggu lepas, lepas ni kena ambik kalsium bny lagi nampaknya... Anlene!

    ReplyDelete
  7. Mate,

    gigi tertinggal dalam gusi? ouch! macamana boleh jadi gitu tu? mesti sakitkan? syukurlah problem dah settled!

    betul tu .. setiap kerjaya yg dilakukan mesti diakari dengan niat yang betul, minat yang mendalam serta hati yang bersih. Kadang aku terfikir, bagus jugak ada klinik gigi ni .. sbb bayarannya tinggi .. tak macam klinik biasa .. setakat 40-50 hinggit aje .. (oh oh keduniaannya aku!) agaknya tulah sbb anak sedara aku nak sgt jadi dentist ni .. harap dia kekal cemerlang dlm final exam matriks dia tu kelak .. boleh sedara mara tumpang hahaha .. separuh harga! :P

    ReplyDelete
  8. Aaah, cerita pasal gigi pulak! Mudah mudahan dah rasa selesa sekarang :)

    Dato'...

    Saya cukup tak suka jumpa doktor gigi kerana satu pengalaman masa kecik dulu... cabut gigi tapi patah pula dan akar tertinggal di dalam gusi. Adoiii, bengkak dan sakit gigi tu Tuhan jer yang tau... pastu kena bedah gusi tu untuk keluarkan akarnya! Adoii lagi ... dua minggu pula baru sembuh dan dapat makan dengan betul. Peristiwa ni buat saya tak suka jumpa doktor gigi :(

    Selamat bersidang Dato' dan moga dipermudahkan segala urusan. Nanti bersidang minum/makan apa ek? ;)

    Salam Jumaat Dato' :))

    ReplyDelete
  9. Salam Datuk Seri Rampai,

    errkkkk .. terkeliru daku kini .. dahulunya digelar Datin .. skrg dah jadi Dato' (saya dah naik pangkat ke Datuk? haha)

    Ouchh .. tentu sakitnya bukan kepalang ye? Saya pun masa kecil dulu pernah sakit gigi sehingga tak tidur malam. Menangis. Lalu mak letakkan minyak panas pada pangkal gusi. Begitu kasih ibu yg begitu risaukan anaknya walaupun tiada ubat yg khusus, minyak panas pun minyak panas la :)

    ReplyDelete
  10. Salam kembali DATIN,

    Hahahaha ... tergelak besar saya kerana dengan tidak sengaja telah mengelirukan Datin! Datin tetap DATIN... tak naik pangkat lagi... hahaha! Aiseyymaan, gelak tak habis nih ... astaghfirullah...

    Sebenarnya saya tak buka blog selepas respon balasan kawan kawan di blog saya tu... saya berada di luar kawasan. Semalam masa jengok blog... haiiyaaa sudah silap tulis maaa! So, saya kata tak pa nanti pi minta maaf kat blog Datin Zariza... (errr, dgn wajah tersipu sipu dan sedikit pucat)... mohon maaf ya Datin... maafkan hamba...

    :)))))

    ReplyDelete
  11. Datuk,

    keh keh keh .. aduyaii .. kira saya Datuk sengaja bercanda! Rasanya belum bersedia mental untuk naik pangkat hahaha ..

    Oh sering sahaja di luar kawasan, tentu banyak pengalaman yang membina pemikiran bukan? Alam sememangnya mampu memberi keinsafan jika kita-kita yang kerdil ini sedar akan kewujudan Pencipta di sebalik indahnya alam di hadapan mata.. bak kata Ustaz Azhar Idrus, dengan melihat awan sahaja pun (sambil dengan kerendahan hati memuji kebesaran Allah) pun sudah meraih pahala ..

    oh oh tiada apa yang perlu dimaafkan Datuk .. anggap sahaja semua itu warna-warna yang mengukuhkan lagi ukhuwwah kita :D

    ReplyDelete