Tuesday 29 May 2012

Apa ada pada nama



Hati tiba-tiba tercuit bila membaca refleksi metakognitif para pelajar yang saya terima lewat petang semalam tentang proses yang mereka lalui di sepanjang aktiviti mereka dalam menyiapkan tugasan untuk kursus yang mereka pelajari itu. Maklumlah, pembentangan kesemua tugasan telah berjaya mereka laksanakan jadi moleklah kiranya saya meminta mereka menulis sebanyak mana yang mereka mahu tentang refleksi terhadap setiap pengalaman tersebut.

Kisah berkaitan pembinaan video saya kira paling menarik kerana di situ banyak cerita - ada yang lucu ada yang serius - ditulis mereka. Sesekali pecah juga dekahan kecil apabila membaca cerita-cerita yang mencuit hati. Apatah lagi bila saya dapat mengaitkan kisah yang ditulis dengan hasil video yang telah mereka tayangkan minggu nan lepas.

Ada satu bahagian di mana beberapa pelajar menulis tentang bagaimana mereka mencipta 'nama karya' atau nama pena. Ada yang mengakui asal usul nama pena mereka itu datangnya daripada gelaran semasa kecil, atau ada juga yang mengaitkannya dengan pengaruh filem serta novel yang pernah dibaca.

Hmm .. saya sendiri kala remaja dahulu sebenarnya ada satu nama pena. AFFARIZU BIJAYA.
Seorang rakan saya berkata, bunyinya kayak dari seberang! Mungkin sahaja kerana ada perkataan Bijaya di belakang. Hahaha .. Sebenarnya ada kisah lucu juga di sebalik kemunculan nama itu. Namun rasanya tidak perlu saya ceritakan di sini kerana itu akan membuat perut saya pecah mahu menghambur tawa bila mengenang kenakalan saya ketika itu!

Namun, saya juga punya sahabat lain yang punya nama pena yang unik. Misalnya, Zusharul Aminahairimi, atau Yushamiza Suzimar atau Kamozaid. Malah saya pernah membayangkan akan membuka satu toko buku bernama KAMARIZA bersama sahabat baik saya itu. Hahaha .. Kay, entah bilakan tercapai agaknya impian murni itu?

Begitulah.
Kata orang apa ada pada nama.
Namun nama itu sebenarnya identiti yang memberi refleksi kepada pemilik nama tersebut.
Saya pasti setiap kita ada kisah berkaitan nama dan semua itu sebenarnya memberi percikan warna kepada pengalaman dan kisah hidup kita. Apatah lagi jika ada peristiwa mencuit hati di sebalik semuanya itu :)



Sedikit renungan:

Hadis riwayat daripada Ibnu Hibban: 
'Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perelokkanlah nama-nama kamu". 




Wallahu a'lam ..

6 comments:

  1. Mate, nama memang memainkan peranan penting dalam hidup kita. Aku pun memang agak sensitif bab-bab nama & panggilan terutama utk anak2. Kalau kanak2 dipanggil dengan sesuatu yang negatif, tentu ibubapa tidak suka. Hairan lihat org dewasa yg suka panggil nama anak2 dgn tambahan spt congek, otot (hot) dll. Moga kita dijauhkan dari tergolong dgn golongan itu...

    ReplyDelete
  2. Ye betul tu mate, ada yg panggil anak2 dgn pelbagai nama manja yg kdg2 bunyi lucu dan pelik. Contohnya anak buah aku sendiri, waktu kecil dipanggil Dopok. Bila orang telefon dan dia angkat..ditanya siapa nama, DOPOK jawabnya hehe....
    Sama-sama kita hidupkan sunnah ye mate dlm setiap aspek hidup kita :-)

    ReplyDelete
  3. Salam puan,

    Nama saya ini kalau awal perkenalan sukar org nak percaya..
    kadang-kadang kena tunjukkan kad pengenalan baru mereka yakin :)

    ReplyDelete
  4. sahabat
    alam kanak-kanak memang mengasyikkan, sementelah bila berginjak ke alam remaja, makin bertambah "gelenyah", hahaha, amboi AFFARIZU BIJAYA, begitu membara memori itu. apatah lagi KAMARIZA, lagilah mengancam dan menggoda nostalgia yang telah lama kita tinggalkan. eh, rasanya kalau kita "betul-betul" berkehendak, boleh sahaja KAMARIZA dihidupkan memandang lokasi dan premis di BBB ini waduh sentiasa hidup dan hangat dengan pelbagai perniagaan, jommmmmm:-)

    ReplyDelete
  5. Wira,
    nama anda memang unik :)

    ReplyDelete
  6. Kay,
    hahaha .. bengong betul kita kan .. habis satu kampung nak cuba telefon 'kampung jaya' hahahaha .. aduhai .. kerap kali aku nak pecah perut bila mengenangkan kenakalan kita .. apatah lagi sehingga melibatkan cmapur tangan along mu sekali tu! hahahaha

    eh, menarik cdgn mu sahabat ..insyaAllah nanti kita fikirkan .. lepas aku submit utk viva bolehlah otak aku ditugaskan untuk berfikir hal2 lain!

    ReplyDelete