Sunday 1 December 2013

... dan masa terus berlalu






Banyak. Terlalu banyak perkara berlingkar dalam susuk jiwa. Terlalu sarat rasa menjamah nadi usia. Sehingga kerana terlalu banyak itu, saya hilang kata-kata. Untuk memulakan entri ini pun, banyak perkara yang datang dan pergi sehingga akhirnya hanyut jua saya dalam arus masa.

Pelik. Memang saya menjadi pelik kerana keinginan, minat, kecintaan dan hobi menulis-nulis di blog menjadi sesuatu yang terasing dari rutin hidup saya kini. Mencari makna dalam diri untuk dikongsi seperti tahun-tahun nan sudah, seperti di blog-blog yang lalu, membuat fikiran saya terlalu sarat dengan buah fikir.

Ah, lupakan intro yang sukar ini. Mungkin kerana lama tidak menulis-nulis, cara pemikiran saya sudah menjadi begitu kompleks untuk dirungkai satu-persatu! Heh!

Disember datang lagi menjengah kamar masa dan 2014 sudah hampir pulang! Oh! Banyak perkara yang berselang-seli datang dalam rutin seharian namun akhirnya kita sedar kita masih diri kita seperti dulu. Kita mengejar banyak perkara, namun akhirnya kita insaf bahawa kita masih hamba Allah yang sentiasa mendambakan redha-Nya.

Pagi tadi saya berbual dengan seorang rakan karib lama perihal manusia-manusia selingkar kisah kehidupan. Pengalaman yang datang dan pergi, memberi gambaran jelas tentang siapa sebenarnya sahabat sejati, dan siapa sebenarnya sahabat yang hanya datang 'bertujuan'. Malah, mengupas kesedaran bahawa setiap yang berlaku pasti ada maksud dan mesej tertentu yang hanya akan dapat dimengerti apabila kita berfikir menggunakan mata hati.

Hidup ini memang begitu. Banyak pancawarna, yang indah yang bejat, semua ada. Lalu hantarkan waras pada akalmu, tanyalah dinding iman serta bermusyawarahlah dengan sahabat yang bukan sahaja mampu merasai empati, tetapi yang juga mampu mengingatkan kita tentang makna diri dan hikmah setiap perkara yang terjadi.

Salam di penghujung 2014 .. semoga kita dipanjangkan umur dan diberi kelapangan masa untuk bersua-sua lagi di alam maya :)



4 comments:

  1. salam,

    semoge sahabat saya sihat ^_~ ...rindu...

    ReplyDelete
  2. Waalikumussalam sahabat jauh di mata dekat di hati :)
    Alhamdulillah .. fizikalnya baik-baik sahaja (malah makin mengembang paksi x! hahaha)

    Semoga cun di sana juga dalam peliharaan dan rahmat Ilahi :) Terima kasih sudi mampi lagi .. meski sawang bergantungan di sana sini .. belum sempat hamba menebas!

    ReplyDelete
  3. Sahabatku yang manis,
    Selamat kembali menulis di blog nan indah ini. Tentunya aku merindui tulisanmu ini dan kembali kita mengenang pelangi renda persahabatn nan lalu...

    ReplyDelete
  4. Kamariah,

    entah bagaimana timbul hasrat yang mencuit rasa untuk menulis lagi .. mungkin setelah pertemuan kita, aku lalu rindu kepada 'tempat permainan' ini!

    ReplyDelete