Wednesday 1 April 2015

Yang indah itu budi



Kami bermesyuarat lagi untuk ke sekian kali. Itu rutin yang perlu dilalui sehinggalah majlis yang hendak dianjurkan itu selesai dengan jaya. Alkisah, salah seorang daripada ahli jawatankuasa yang diberi tanggungjawab (Si A) menghasilkan brosur seminar menyatakan yang beliau tidak mampu menghasilkan reka bentuk sebagai mana yang disarankan oleh beberapa ahli yang lain kerana ketiadaan perisian yang sesuai malah kurang berkemahiran dalam penggunaan perisian tersebut. Lalu orang kuat mesyuarat (Si B) menempelaknya "Pergilah dapatkan kemahiran itu!". Lalu si polan tadi mengangkat tangan, katanya dengan nada berseloroh: "Kalau begitu, saya mohon menarik diri sebagai ahli jawatankuasa." Dia ketawa kecil.

Saya cuma memerhati. Petang, kami bermesyuarat lagi. Kali ini melibatkan semua warga fakulti. Saya perhatikan Si B tadi menarik muka apabila berselisih dengan Si A. Barangkali kerana peristiwa kecil dalam mesyuarat tadi.

Apakah salah cara Si A memberi reaksi kepada Si B?
Adakah tidak wajar cara Si B mengeluarkan kenyataan sebegitu?

Saya tercari-cari jawapannya. *sigh*

2 comments:

  1. Assalam Datin,

    Teringat kata-kata guru saya dahulu: "berjaga-jagalah dgn apa yg keluar dari mulut kamu kerana ia sama ada memanffatkan atau memudharatkan diri."

    Berfikir sebelum berkata.

    Mak aiii...serius lagi saya ni!
    Oraiit...sarapan!
    Jom :-)

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam Datuk sahabat saya,

    Maaflah begitu lama tidak menjenguk tiba .. haduuuhhh ..ada titipan rupanya!
    Salam Ramadhan Datuk .. semoga datangnya ia menjadi sumber inspirasi untuk menggandakan pahala serta memperlahankan kayuhan untuk mengejar dunia semata2! :)

    Jom Teh Halia!

    ReplyDelete