Monday 23 March 2015

Yang manis dalam ingatan

Saya menjadi begitu malu kerana membiarkan ruang ini seperti perempuan yang ditalak tiga. Bukan. Saya masih sayangkan ruang ini, namun sering sahaja saya menjadi mangsa ketidakpandaian diri sendiri membahagi masa. Namun saya tidak mahu menjadi seperti orang lain yang sering sahaja menyalahkan masa yang begitu cepat berlari, sedangkan ternyata kaki sendiri yang terlalu berat mengejar! Saya termangu-mangu melihat hari kerana banyak perkara menanti untuk diberesi. Tapi, nyah lah seketika fikiran itu. Sesekali, perih itu perlu diulit dengan hal-hal menggembirakan lagi menyenangkan hati. Ah, entah bagaimana harus saya bersyukur kerana baru-baru ini kesempatan untuk bertemu rakan lama mengetuk pintu masa. Kay dan Yanti, sahabat karib semenjak zaman sekolah rendah. Kebetulan Yanti datang ke Kuala Lumpur kerana menemani sang suami yang bertugas disini lalu ruang yang ada sempat kami curi untuk bersua muka. Air mata mengiringi pertemuan. Entah, macam-macam rasa menerpa. Banyak sekali perkara yang dibincangkan, dari sekecil-kecil cerita hingga yang besar-besar. Tentunya, hal-hal batas pokok di penjuru pagar Sekolah Kebangsaan Binjai masih dalam ingatan padu. Apa lagi khabarnya Yanti bertemu dengan ramai rakan lama yang masih kekal di kampung halaman, meminta untuk diadakan pertemuan semula (reunion). Saya dan Kay melonjak gembira. "Uruskanlah. Pasti kami pulang!" ujar saya dan Kay. Kami tidak putus ketawa mengenangkan watak-watak pelbagai di sekolah rendah dahulu. Namun, seiring masa, identiti berubah, pembawakan turut terserlah. Tiada lagi istilah samseng tahi minyak, tiada lagi sepak terajang di betis. Semua itu kisah lama, terlalu lama ditinggalkan. Terima kasih ya Allah di atas ruang kesempatan itu.




5 comments:

  1. "... seperti perempuan yang ditalak tiga." Hahaha...kelakar tapi amat dahsyat bunyinya! Dah ada tulisan ni...dah rujuk kembali kot :))

    As salam Datin,
    Kenangan tidak pernah akan hilang selagi kita menghargai rentetan peristiwa yang pernah dilalui bersama kawan-kawan...apa lagi kenangan semasa di sekolah dahulu. Segala kenangan itu pastinya telah mengajar kita menjadi lebih matang fikiran dan berubah menjadi insan yang berguna di mataNya. Mudah-mudahan reunion yang dirancang itu menjadi kenyataan.

    Malam-malam begini...segar mata seketika menghirup secawan teh hijau..

    ReplyDelete
  2. hahaha .. memang analogi itu datang terus dari hati! memang lama sungguh lah .. menulis di blog macam musim durian .. nak tunggu tiba musim tu satu hal ... nak tunggu gugurpun satu hal! hehehe

    terima kasih Datuk atas kata-kata itu. Memang benar sekali. Sahabat sejati itulah hadiah paling bermakna.

    The hijau? Mai secawe :)

    ReplyDelete
  3. Sahabatku Dr. Fariza
    Ya. Ukhwah kita bertiga sentiasa manis dalam ingatan. Ianya pengalaman bermakna yang tidak pernah padam dalam kenangan. Allah, begitu masa mengheret kita sejauh ini untuk terus membugar indahnya pertemuan. Moga Allah merahmati kita sehingga Syurga Firdaus yang diidam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sahabat .. terima kasih atas pertemuan ini ..entah bila lagi hendak kita bersua muka? Barangkali bila ada sale ARIANI menjelang eid kelak dapat kita ketemu ..namun tiada dapat mengeteh jua :)

      Delete
  4. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete