Thursday 15 November 2012

Salam Maal Hijrah



Hidup ini suatu perjalanan, hanya yang tekal berusaha kan mara ke hadapan .. 




Duh.

"Kau buat lagi!"

"Hah?"

"Kau kembali menyepi!"

"Oh .. kau maksudkan blog aku?"

"Hmm.. tau tak mengapa..."

Saya tergelak kecil. Begitulah sahabat saya nan seorang itu.  Meski dia bukanlah 'peminat' kepada penulisan saya malah dia sendiri tidak 'suka' menulis di blog, kiranya dia seringkali gemar membaca. Mungkin blog saya juga mencuri perhatiannya. Maksud saya, blog lama saya yang dahulu-dahulu namun telah terkubur kini.

"Maaflah." jawab saya. Sepatah.

"Kau sibuk sangatkah?", tanpa memandang saya kerana jemarinya sibuk menekan sesuatu di telefon bimbit.

"Boleh tahan ..". Dua patah.

Entah. Saya kira bukan saya kehilangan minat untuk terus menulis namun semenjak kebelakangan ini rutin saya agak terbatas. Sukar mencari ruang senggang. Saya terangkan sebab kenapa saya 'berhenti' sementara.

"Aku belum pencen!" tegas saya. Tiga patah.

"Hahahaha!!" tawanya terhambur keluar. "Bagus! aku sebenarnya mahukan blog lama engkau tu dihidupkan semula! Di situ aku temui jiwa!"

Saya hanya membisu. "Biarkan aku teruskan dengan yang ini sahaja .. lebih bersederhana .." saya menyengih.

Acara petang itu agak santai. Meski sering bertemu untuk makan berteman, banyak kisah kami kongsikan. Sudahnya, teh di kole habis dihirup lalu kami bersurai.

Salam Maal Hijrah buat semua rakan maya .. entah masih mengingati diri saya entah tidak.
Semoga tahun baru memberi seribu makna dalam kehidupan sebagai hamba-Nya!




5 comments:

  1. sahabat yang dirindui,
    salam hari lahir, salam kedatangan muharam; moga sentiasa dirimu dan keluarga dalam perlindungan Allah!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dan syukur di atas ingatan seorang sahabar sebaikmu Kay! Hari lahir disambut sederhana seperti tahun-tahun nan sudah .. cuma aku pingin sekali jika kita dapat bersama untuk meraikannya meski melepasi tarikh sebenar. kapan kau senang Kay? hubungi aku kelak!

    ReplyDelete
  3. Salam Izariza...lama menyepi... tadi jgn tutup terus udahlah ye...heheheh

    ReplyDelete
  4. salam sahabat...

    rindu...ingin nak berblog tp masa juga yg dijadikan alasan...saya juga spt kamu nk sgt menulis tapi...

    moge sihat ^__~

    ReplyDelete
  5. Salam Ziarah. Salam tahun baru Hijrah. Salam tahun baru Masehi. Haa, itu salaam 3+1. Tak payah dah bancuh kopi, teh, jus buah. Moga cukuplah salam itu sebagai penghilang dahaga. Boleh ke gitu, Datin?

    Lama nian tidak merisik khabar, apa lagi berkisah-kisah di teratak sendiri. Seperti Datin, saya juga terantai dalam waktu senggang yang sangat sempit. Namun ingatan tidak pernah mengabaikan rindu untuk menjengah teratak ini. Alhamdulillah, bertemu lagi kita di ruang yang kecil ini. Bertamu rasa seadanya.

    Moga Datin sekeluarga sentiasa dalam perlindunganNya. Aamiin.

    *Bingkisan ini hadir bersama senyuman di hati. Untuk Datin :)

    ReplyDelete